Wednesday, 25 October 2017

Cara Bawa Motosikal Berklac

SALAM BAHAGIA WRGA INTERNEt
HARI INI, SAYA AKAN BERKONGSI SERBA SEDIKIT TENTANG CARA MEMBAWA MOTOSIKAL BERKLAC

Sejak 3 buah motosikal kapcai yang bersesaran 150cc diperkenalkan iatu Yamaha y15zr, Honda RS150R dan Benelli RFS 150, sedikit sebanyak telah mula berada di hati kebanyakan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, dengan body yang kecil dan menjimatkan penggunaan bahan api telah menjadi faktor utama mengapa motosikal dalam kategori ini menjadi pilihan.


Image result for yamaha y15
Yamaha y15 zr
     Namun, terdapat sedikit masalah kepada segelintir individu untuk memiliki atau menunggang motosikal dalam kategori tersebut kerana motosikal ini mempunya KLAC.

Oleh itu, penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai cara menunggang motsikal BERKLAC TANGAN.



Image result for honda rs150r
HONDA RS 150R
                                                                                                                                                                                              
Image result for benelli rfs 150i
BENELLI RFS 150i
CARA CARANYA IALAH:


-Start enjin, tarik dan tahan tuil klac dan seterusnya tekan tuil gear ke bawah. (Kebanyakan transmisi manual gunakan paten Gear 1 ke bawah, Gear 2 dan seterusnya ke atas)

-Ini bahagian yang paling susah untuk mereka yang baru belajar (termasuk bagi yang pernah guna klac manual, tapi upgrade ke motor berkuasa lebih besar). Enjin akan mati secara tiba-tiba jika
a) lepas tuil klac terlalu awal
b) pendikit tidak dipuas secukupnya seiring dengan pelepasan tuil klac
Tips di sini ialah untuk anggarkan RPM yang cukup untuk motorsikal bergerak. Bagi motorsikal 150cc 4 lejang, kelajuan enjin ideal untuk motor mula bergerak adalah sekitar 2-3k RPM jadi pulas pendikit (jangan sentap, pulas perlahan-lahan) hingga menghampiri 2K RPM dan barulah mula lepaskan tuil klac.


Kebiasannya untuk gear 2 dan ke atas, boleh tukar gear seawal 3-4K RPM untuk kelajuan perlahan atau 6-7K RPM bila mana nak memecut laju. Tarik klac dan lepaskan pendikit, sungkit tuil gear dengan hujung kaki hingga terasa klik yang sederhana kuat (kalau tak sungkit habis akan balik kepada Neutral pula, tak pasal-pasal enjin meraung)


Untuk gear ke 2 dan seterusnya, pengawalan pendikit tak perlu teliti sangat seperti gear 1 tadi. Teruskan pecutan seperti biasa.



CARA TURUNKAN GEAR


Masa ideal untuk turunkan gear adalah apabila RPM lebih rendah daripada puncak kuasa, sekitar 5 ke 6K RPM atau lebih bawah. Lepaskan pendikit dan tarik klac, tekan tuil gear sehingga terasa klik sederhana kuat.



Bezanya dengan naik gear tadi,untuk turunkan gear pulas pendikit perlahan lahan sambil klac dilepaskan .Ini untuk mengelakkan motorsikal tersentak kerana anda sekarang berada pada gear lebih rendah yang mempunyai daya kilas (torque) yang lebih tinggi. Tak pasal-pasal wheelie pula nanti.




SEKIAN SAHAJA PERKONGSIAN DARIPADA SAYA SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA APA YANG TELAH SAYA KONGSIKAN INI.



http://ho.lazada.com.my/SHWHxT



2 comments:

  1. hai pembaca dan admin. perkongsian yang sungguh menarik! anda mesti mempunyai motorsikal kan? agak susah untuk pembaharuan cukai jalan dan pembelian insurans bukan? kini dengan teknologi kewangan yang serba canggih, anda tidak perlu risau lagi. anda boleh layari laman web https://loanstreet.com.my/insurance/motorcycle-insurance dan buat pembaharuan secara online! hanya klik2 dengan jari anda! semuanya mudah dan tggu sehingga parcel sampai di depan pintu rumah anda!!!

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang tidak membantu untuk beginner... dengan forn colour yang tidak sesuai.. buang masa je penjelasan anda!

    ReplyDelete