Friday 27 October 2017

Antara tempat terbaik untuk layan corner di Malaysia

PADA MASA KINI, AKTIVITI LAYAN CORNER ATAU ATTACK CORNER IBARAT SUDAH MENJADI TREND BAGI KEBANYAKAN PENUGGANG MOTOSIKAL TIDAK KIRA JENIS MOTOSIKAL YANG DITUNGGANG.



Image result for MOTOSIKAL KONVOI

NAMUN BUKAN SEMUA DARIPADA MEREKA DAPAT MERASAI PENGALAMAN UNTUK BERADA DI LITAR.OLEH ITU, RAMAI DARIPADA MEREKA MENGGUNAKAN JALAN RAYA SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEREKA ATTACK CORNER DAN MELAKUKAN PELBAGAI AKSI ALA- ALA PENUNGGANG MOTO GP SEPERTI CORNER BARING DAN SEBAGAINYA.


Related image


BERIKUT, PENULIS TELAH MENYENARAIKAN 5 TEMPAT TERBAIK UNTUK ANDA MENCABAR DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG PENUGGANG MOTOSIKAL.




1) JALAN HULU LANGAT-KUALA KLAWANG


Image result for jalan hulu langat kuala klawang

Related image













 
 Jalan legenda yang menjadi kegilaan ramai penunggang dan pemandu, jalan sunyi ini perlu diakses dari pekan batu 14 Hulu Langat sebelum meneruskan perjalanan mendaki jalan berbukit Gunung Hantu. Dari situ anda boleh memilih sama ada hendak keluar ke Semenyih atau meneruskan tunggangan ke kuala Klawang, di mana keseronokan bermula dengan simpang-simpang yang memerlukan konsentrasi tinggi. Jika anda mahu cabaran lebih, lalu jalan ini pada waktu malam.Namun, anda perlu berhati hati ketika melalui laluan ini kerana laluan ini selalu menjadi tempat lintasan haiwan liar seperti babi hutan dan musang.



2) JALAN BUKIT PUTUS LAMA


Image result for CORNER BUKIT PUTUS

Selepas kerajaan membina jalan baru bagi menggantikan jalan lama, Jalan Bukit Putus Lama menjadi trek tidak rasmi untuk penunggang dan kaki drift mencuba bakat. Dengan selekoh-selekoh yang betul-betul mencabar yang perlu diambil semasa mendaki bukit, dengan gaung yang semakin lama semakin tinggi hanya 2 meter di tepi kita, jalan ini merupakan antara jalan terbaik untuk berlatih mengambil corner dengan pantas. Jika kita melalui jalan ini dari Kuala Pilah menghala ke Senawang, identitinya berubah dengan corner-corner yang cukup tajam yang perlu diambil semasa menuruni bukit. Jangan terlalu yakin.


3) JALAN KARAK-BUKIT TINGGI



Image result for JALAN  BUKIT TINGGI PAHANG


Banyak insiden telah berlaku menyebabkan kematian di laluan ini kerana laluannya terkenal mempunyai beberapa lokasi di mana kerap berlaku tragedi. Jalan sepanjang 45km yang dijadikan subjek utama filem 'Karak' ini mempunyai corner-corner yang perlu dinavigasi dengan cermat jika hendak diambil dengan kelajuan yang tinggi. Peringkat akhirnya cukup mencabar dan akan menguji kemampuan anda sebelum berjaya tiba di Bukit Tinggi.



4) JALAN SIMPANG PULAI- CAMERON HIGLANDS


Image result for jalan simpang pulai ke cameron highland


Mendaki laluan ini dengan motorsikal merupakan satu nikmat bagi penunggangnya kerana corner-cornernya agak mencabar, membolehkan anda menunggang (atau memandu) dengan seronok. Laluan sejauh 80km ini memang menjadi kegemaran ramai dan hadiahnya, selepas penat memandu - kita akan tiba di Cameron Highlands yang mententeramkan adrenalin kita.


5) JALAN BENTONG-FRASER HILLS



Related image



Laluan 55km ini agak sunyi dengan kawasan hutan menemani kita sepanjang perjalanan. Jalannya juga walaupun keseluruhannya memuaskan, namun ada beberapa lokasi di mana kualiti jalannya agak mengecewakan tetapi itu tidak menghalang hakikatnya - laluan ini merupakan salah satu laluan yang perlu dilalui untuk merasai nikmat permotoran.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Itulah 5 jalan paling popular yang kerap digunakan oleh penunggang dan pemandu di negara kita untuk menguji keberanian diri. Jika anda adalah salah seorang yang berani dan hendak mencuba buat pertama kali, pastikan anda tidak keseorangan pada kali pertama.
Pelajari dulu selok belok jalan dan kenali dulu sifatnya sebelum memecut dengan pantas. Yang penting, keselamatan diri harus diutamakan. Amalkan pemakaian keselamatan bagi penunggang motorsikal dan yang paling penting, jangan berlumba kerana walaupun itu memang layan, jalan itu tetap kita kongsi bersama.


SEKIAN:SYAFIQ AIMAN..........
p/s: perlukan beg waterproof???
klik link dibawah : //ho.lazada.com.my/SHVR9u?









Wednesday 25 October 2017

Cara Bawa Motosikal Berklac

SALAM BAHAGIA WRGA INTERNEt
HARI INI, SAYA AKAN BERKONGSI SERBA SEDIKIT TENTANG CARA MEMBAWA MOTOSIKAL BERKLAC

Sejak 3 buah motosikal kapcai yang bersesaran 150cc diperkenalkan iatu Yamaha y15zr, Honda RS150R dan Benelli RFS 150, sedikit sebanyak telah mula berada di hati kebanyakan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, dengan body yang kecil dan menjimatkan penggunaan bahan api telah menjadi faktor utama mengapa motosikal dalam kategori ini menjadi pilihan.


Image result for yamaha y15
Yamaha y15 zr
     Namun, terdapat sedikit masalah kepada segelintir individu untuk memiliki atau menunggang motosikal dalam kategori tersebut kerana motosikal ini mempunya KLAC.

Oleh itu, penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai cara menunggang motsikal BERKLAC TANGAN.



Image result for honda rs150r
HONDA RS 150R
                                                                                                                                                                                              
Image result for benelli rfs 150i
BENELLI RFS 150i
CARA CARANYA IALAH:


-Start enjin, tarik dan tahan tuil klac dan seterusnya tekan tuil gear ke bawah. (Kebanyakan transmisi manual gunakan paten Gear 1 ke bawah, Gear 2 dan seterusnya ke atas)

-Ini bahagian yang paling susah untuk mereka yang baru belajar (termasuk bagi yang pernah guna klac manual, tapi upgrade ke motor berkuasa lebih besar). Enjin akan mati secara tiba-tiba jika
a) lepas tuil klac terlalu awal
b) pendikit tidak dipuas secukupnya seiring dengan pelepasan tuil klac
Tips di sini ialah untuk anggarkan RPM yang cukup untuk motorsikal bergerak. Bagi motorsikal 150cc 4 lejang, kelajuan enjin ideal untuk motor mula bergerak adalah sekitar 2-3k RPM jadi pulas pendikit (jangan sentap, pulas perlahan-lahan) hingga menghampiri 2K RPM dan barulah mula lepaskan tuil klac.


Kebiasannya untuk gear 2 dan ke atas, boleh tukar gear seawal 3-4K RPM untuk kelajuan perlahan atau 6-7K RPM bila mana nak memecut laju. Tarik klac dan lepaskan pendikit, sungkit tuil gear dengan hujung kaki hingga terasa klik yang sederhana kuat (kalau tak sungkit habis akan balik kepada Neutral pula, tak pasal-pasal enjin meraung)


Untuk gear ke 2 dan seterusnya, pengawalan pendikit tak perlu teliti sangat seperti gear 1 tadi. Teruskan pecutan seperti biasa.



CARA TURUNKAN GEAR


Masa ideal untuk turunkan gear adalah apabila RPM lebih rendah daripada puncak kuasa, sekitar 5 ke 6K RPM atau lebih bawah. Lepaskan pendikit dan tarik klac, tekan tuil gear sehingga terasa klik sederhana kuat.



Bezanya dengan naik gear tadi,untuk turunkan gear pulas pendikit perlahan lahan sambil klac dilepaskan .Ini untuk mengelakkan motorsikal tersentak kerana anda sekarang berada pada gear lebih rendah yang mempunyai daya kilas (torque) yang lebih tinggi. Tak pasal-pasal wheelie pula nanti.




SEKIAN SAHAJA PERKONGSIAN DARIPADA SAYA SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA APA YANG TELAH SAYA KONGSIKAN INI.



http://ho.lazada.com.my/SHWHxT